Tuesday, June 2, 2009

kelahiranmu disambut, pemergianmu ditangis..

al-fatihah bwt salah sorg rakan kami kat frenzy..
arwah telah pergi meninggalkan kami pd hari ini (1 june 09)..


kelahiran dinanti...
setiap ibu bapa akan ternanti2 saat zuriat mereka keluar menjengah dunia..
segala persiapan akan dipastikan cukup dan lengkap..
segalanya disusun rapi..

tetapi pabila saat ajal menyapa...
ibu bapa kita akan merasa begitu sedih.. bagai runtuh jiwa mereka.. terasa bagaikan segalanya berlalu begitu pantas..
sekali lagi persiapan akan dilakukan.. tetapi, persiapan kali ini tidak lah semeriah mana..
baju2 yang jika lahirnya dikhaskan pink atau biru, hanyalah akan mnjadi kain yang digunting dan berwarna putih..
bedak2, sabun, syampu, lotion dan yang lainnya akan diganti dengan air mawar dan kapur barus..
segala nya dipastikan lengkap..

saat bayi berusia beberapa bulan, majlis aqiqah akan dilakukan bagi meraikan anak mereka.. maka pelbagai hadiah dan ucapan yang diberi..
tapi saat pemergian anakanda mereka berusia sehari, majlis tahlil akan digantikan.. tiada nyanyian "selamat ulang tahun", tetapi yang ada hanya tahlil dan doa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditampatkan dikalangan org y soleh..

saat permata mereka keluar dari rahim ibunya, bapanya akan melaungkan azan atau iqamah... dan, "selamat datang anakku ke dunia"

tetapi saat permata mereka menyahut panggilan ilahi, talkin akan dibacakan dan, "semoga kau bahagia disana anakku di alam y kekal itu"...

igtlah wahai kwn2 ku semua.. kita didunia hanya sementara..
tugas kita adalah untuk mempersiapkan diri kita dan mencukupkan bekalan kita utk perjalan kita di akhirat kelak.. hanya diri kita yang mampu memastikan kita berada di mana kelak. bukan kekasih kita, bukan rakan2 kita.. tapi diri kita.. andai putih yang kita pilih, lurus lah jalan kita kembali..
tapi andai hitam yang mnjadi pilihan, maka sukarlah jalan buat kita bertemuNya...


AL-FATIHAH BUAT ARWAH SITI MARYAM BT MISWAN....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails