Saturday, October 20, 2012

yang sangat paling tersentap sekali


sedar tak sedar dah lebih 22 tahun aku hidup.. tolak bahagi zaman kanak kanak, ada la 6-7-8 tahun aku ngadap benda yang tak sepatutnya manusia seusia itu ngadap.
tapi aku gembira, sebab dalam itu ramai yang ambil berat. ambil berat di sini adalah dgn fitnah, cerita palsu, pertuduhan tak berasas, etc etc..
baru je lepas belek2 album kt acc fb. act ada 2-3 album y aku privatekan. atas dasar menutup aib manusia cetek akal.
ada ke patut label aku mata duitan, perampas bf org?
yukksss  >.<"
aku tak kisah kalau mereka nak lencana kan aku sundal, jalang, apa lagi? sebab, mereka sebenarnya sedang indexkan diri sendiri. aku tak pandai bahasa kesat yang halus.

dah lama tak meraban berpidato guna bahasa rempit.
rindu nak jadi rempit. haha.
nampak sgt, zaman rempit tu zaman sekolah sahaje. sebab tu mulut aku super longkang dulu. tp selongkang-loji mulut aku, takde pnh sekali sukasuki nak tuduh2 org itu ini begitu begini. pelik, bila ada jenglot tergamak tabur fitnah macam tabur baja.
sebab tu aku takut bila org tinggal jejak, bg itu ini, selit no phne, lekat alamat.
rimas. itu yang sebetul.
trauma macam bau loji bila lepas hujan.jadi aku minta maaf bila tak ade respon bila sesiapa mintak apa apa. bukan sombong, tapi takut. sebab aku bukan seorang yang bijak mengawal emosi.
jadi, maaf juga bila aku diam tukar topik bila mana mana orang ajak keluar lepak buang masa.

kepada yang berkenaan, sampai bila bila aku tak maafkan kau.
bukan sebab ego, tapi atas hak diri aku sendiri.
meminta maaf tu tanggungjawab org y buat salah.
memaafkan hak org yang dibuat salah.

kepada yang berkenaan, sungguh, aku tak pernah setitik rasa cinta pun.
tapi aku rasa bersalah sebab buat kau yakin aku cinta kau.
maaf, kita rapat sebab nama kau sama dengan nama ex sebelum kau.
pedih tak? maaf tau.
dan mungkin ini garamnya - bukan kau seorang kekasih aku tika itu. masih ada dua di tepi. campur kau semua tiga setengah. yang setengah lagi kekasih bukan serius.
mungkin sedikit ngilu.

kepada yang berkenaan, berhenti panggil aku sayang sebab aku tak pernah sayang sesiapa yang wujud selepas zaman kena hentam.

kepada yang berkenaan, aku tak pernah, ye bagi jaminan apa-apa..
aku tak pernah niat nak balas dendam.
tapi jiwa dah kertu.
susah nak hadam taik yang kau lempar.

kadang kita ni mcm plak gigi tau. mulamula sisa makanan kaler putih lembut lembut.
lama lama jadi kerak. tunggu sikit lagi tukar jadi hitam.
akhirnya nnt serang saraf gusi.

aku taknak latih hati jadi batu.
tidak juga macam jelly.

pernah org cakap, aku demand, memilih. tak kena selera tak nak bercakap pun.
salah ke?
itu untuk masa depan. kalau aku terima apa yang aku taknak, kelak jadi lagi begitu.
sebab, aku ni kategori jelik. tak sedap mata memandang, buat org menyampah.
apa je aku buat semua tak kena di mata orang.
jadi, aku perlu seorang yang bukan mahu melengkapkan jeik itu, tapi yang tahu mana yang perlu di tutup agar tak di hidu manusia terlebih alert.

hati macam harddisk, tau. boleh buat partition.
tapi malangnya tak boleh format.
macam ROM.
yang ada virus quarantine kan aje. tu pasal kadang kadang tiba tiba teringat.

tak payah susah susah ingatkan aku asal usul aku.
sebab aku sendiri masih mengkaji.
aku pun belum cukup kenal diri aku,
kau siapa nak buat rumusan.

ingat, kau bukan professor  emeritus.
bila konvo, bulu masih di kening kanan.
aku tk ambik bidang persuratan, sebab tu  bahasa aku mcm jalan tar.
bukan jenis tanah liat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails