Monday, January 7, 2013

.:2012 dan 2013 buat yang bernama sweetdevilable:.



Azam...
setiap menjelang tahun baru, pasti kita akan ada paling kurnag , SATU azam..
Tapi, adakah azam yang lepas-lepas dah terlaksana?
Atau azam itu sekadar fenomena 'azam aku tahun ini'?

Aku turut punya azam.
Penghujung tahun 2012 membawa satu luka yang begitu pahit untuk ditelan.
Walau sebagai kekasih gelap, tapi bayang nya masih ada.
Aku cuba untuk membuang jauh.
Sayang itu terbit sejak aku berumur 17...
Walaupun itu sekadar sayang kepada seorang lelaki yang bernama adik.
Tapi, dia masih seorang lelaki.
Tak tahu kenapa, terasa bengkak tamparan itu.

Aku turut punya seorang lelaki yang aku panggil ABANG, juga terbit sayang itu dari umur remaja. kini aku 23. Opppsss.. 24..

Begitu cepat masa berlalu.

Ada seorang lelaki, yang aku cinta, yang dia kenal aku dari majalah sekolah!
Ouh so sweet..
Dia, cinta pertama ku.

Lelaki pertama yang aku merelakan pegangan tangannya.
Bahu pertama yang aku dengan rela bersandar, bercerita.

Mata pertama yang aku lihat cinta bersinar dalamnya.
Bibir pertama yang aku lihat ikhlas sayangnya.
Dan dia, lelaki pertama dengan rela aku biar memeluk ku erat.Tatkala aku gembira, bila kala aku sedih.
Dia juga, jari pertama yang mengesat air mataku.  Kerana, air mata itu tumpah pabila mama, mengarahkan aku putus dengan nya.
Sumpah, hingga kini tak mampu untuk melupakan nya...
Malah baru malam sudah aku mendengar suaranya. Walaupun tak lama. Dan beberapa kerat SMS..

Habis cerita tentang cinta pertamaku..
Azam?

Azam tahun ni mungkin agak berat telinga mendengar.
Dan mungkin kelakar..

Tapi, ya, aku berazam untuk melaksanakan azam ini.

1. berhenti, terbabit dengan mana-mana lelaki, yang bakal membuat hati tercalar lagi.
2. berhenti, masuk dalam hidup mana-mana lelaki yang terang, atau sembunyi sudah punya pacar.
3. berhenti, beri apa-apa peluang untuk lelaki agar tidak lagi menceroboh jiwa.
4. berhenti, fikirkan tentang siapa, bila dan di mana jodoh. toksah kalut walau umur ingin mencecah 24, sayang..

ketahuilah bahawasanya kau sedang diuji.
seorang lagi lelaki, yang menyayang aku sebagai adik layaknya, yang terkadang aku hilang kepercayaan padanya,tapi dia selalu ada untuk aku. mendengar aku menangis, mendengar aku memaki, mendengar keluhan, membuat aku ketawa di hujung tangisan. 

aku tiada lelaki yang aku panggil ABAH..

tapi aku ada lelaki yang aku panggil ADIK, dan ABANG..

Tapi, lelaki itu takkan ada untuk aku selamanya.. Sampai satu saat, mereka akan ada perempuan lain yang lebih penting untuk mereka jaga. Untuk mereka beri perhatian.

Aku senyum, gelak, ketawa, hanya kerana aku ingin menutup rasa ingin seorang lelaki yang memang untuk aku, yang tak perlu dikongsi, tak perlu menunggu kata putus.
Kerana, aku perempuan yang tiada tahu bercinta, bermanja, menggedik,merayu, yang seperti perempuan lain tahu.
Kerana, aku terlatih untuk menjadi tabah.
Kerana, aku masih punya banyak hati untuk digembirakan.


Biarlah aku terus menyorok di belakang senyuman palsu, melihat tanpa merebut mereka yang aku sayang, yang aku cinta, untuk terus berada di sisi.
Aku cuma pandai berpura melepaskan, merasa seperti tiada apa yang membebankan..


Banyak sayang yang aku semai, tapi lebih banyak pepijat yang merosakkan sebelum aku lihat bunganya..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails