Wednesday, January 9, 2013

.:siapa ombak? ... siapa kita?:.



pernah tak...

pernah tak, walau sekali seumur hidup,
kau duduk di tepi pantai dari tengah malam hingga ke subuh?
dalam dingin dinihari,
hingga kering tetes embun?

memeluk tubuh, mengetap gigi,
pabila baring,
nah...
skrin besar di atas sana...
bertaburan bintang...

tak perlu sekampung.
andai gusar, bawalah teman.
seorang cukup.

kau duduk,
bersila...
usah peduli berapa harga baju kau malam itu.
itu pasir pantai..
bukan paku tekan..

cuba kau pandang ke tengah laut.
walau ditelan pekat malam,
kau masih mampu mendengar deruan ombak.

pernah?
sumpah..
sangat seronok.
kerana,
tatkala ini,
aku berharap aku berada di tempat biasa aku bermenung.
menangis, berlari, berbaring, bercerita dengan teman baik ku.

jika terdengar laungan azan, tak salah jika kau berdiri saja di situ tunaikan kewajipan mu.
kerana, sebentar lagi kau akan lebih kagum.

saat itu,
pabila mentari mula menjenguk,
ya Allah...
kau pasti insaf.
terkesima dengan pemandangan itu.

ombak yang sedari malam tadi kau dengari,
masih lagi kencang bercerita pada pantai.
bezanya,
kini kau nampak pasang surut air nya.

kerana,
kini ada mentari.
nampak cahaya.

apa yang aku ingin katakan adalah,
bukan sekadar betapa indahnya rasa semalaman di pantai..

tapi,
siapa ombak.
siapa kita..

kita ialah ombak.
malam dan siang cabarannya..
lihatlah tak kira malam atau siang,
menderu bunyi nya.

begitu juga kita.
kala susah atau senang,
jangan pernah berhenti mencuba.
kerana,
pasti ada paling kurang seorang sedang memerhatikanmu...

bangun sayang ku..
jangan duduk memeluk lutut.
itu,
tiada guna..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails