Sunday, March 3, 2013

kalau mimpi boleh dikawal...

semua orang suka tidur.
bila tidur, kita mesti didatangi mimpi.
mimpi gembira,sedih, lucu, bahagia, perit, pedih..
tapi tak seorang pun yang dapat jangka
'apa mimpi aku malam ni?'
bila pagi esok hari,
terkadang pipi lenguh sebab mimpi yang sangat indah.
terkadang, pipi basah menangis semalaman.
terkadang,kosong. tiada apa.

dengan ini, kau, yang bernama MKH, tolong la.
jangan pernah sekali pun muncul dalam mimpi aku lagi.
walau bukan kita punya kuasa.
rasa sayang aku sudah lupus.
seinci pun tiada.
sejak detik itu.

seharian bersama,
terima kasih, aku gembira.
aku rasa itu memang kita.
tapi aku lupa,
aku cuma pinjam.
aku cuba buka hati terima apa bentuk sekalipun,
tapi aku membuka untuk nama yang salah.

aku harap mimpi kau datang dengan baju sekolah kita,
itu mimpi terakhir.
tolong..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails