Sunday, April 14, 2013

.: Saat 6 pagi, aku tewas :.

6 pagi....
bukan waktu yang sesuai untuk call siapa siapa untuk bercerita.
tapi aku tak tau apa yang aku nak ceritakan.
sepanjang malam aku berfikir, berfikir dan berfikir...

-sampai mana hubungan yang tak tahu hujung pangkal ni akan berterusan.
-apa sebenarnya yang aku nak dari dia.
-siapa yang tak lepaskan siapa.
-apa endingnya 'kami'
-masih ada 'kami' ?

aku decide nak marathon tgk muvie yang ada.
tiba tiba laju air panas meluncur dari kelopak mata.
tak ada moment dalam cerita tu pun yang perlukan tangisan.

sebenarnya aku mengalah.
terguris dengan ego sendiri.

aku dah kalah.
tapi masih nak bersaing nak buktikan yang aku tak kalah.

ya Allah..
tenangkan hatiku.
jika dia bukan untukku, kenapa kau terus memberi peluang 'kami' berjumpa.
jika dia untukku, berilah ruang pada kami agar dia mampu membimbing aku ke jalanMu.

40 minit air mata tak berhenti.
disusuli air dari hidung.
laju. deras.

aku buka webcam.
mataku merah.

selama ni aku bekorban.
tahan itu ini,
paksa diri.

hanya untuk dia.
aku tipu semua orang.
tapi semua orang masih marah jika 'kita' bersama semula.

tapi aku tetap pertahankan dia.
mungkin tk adil jika mereka hanya mendengar dari pihak aku.
mungkin dia ada alasan sendiri.
andai alasan dia bohong,itu antara dia dgn penciptaNya.
kerana aku percayakan dia.

janji dengan diri sendiri tak pernah tertunai.
ya Allah..
keras sungguh ujianMu.
tapi aku pasti aku mampu tandingi kerana sudah pasti ujian itu telah Kau cipta dibawah kemampuanku.

ya Allah.dengan rahmatmu bersama dingin subuh, 
aku merayu padamu ya Allah.
tunjukkan kebenaran.munculkan kebahagiaan buatku.

memang dia yang aku cinta.
tapi andai tangan bertepuk sebelah,berbunyi tiada.
berikan sedikit masa.beri ingatan padanya.
untuk mengingatiku dan memberi aku kefahaman yang memang dia untukku.

aku benar mengalah ya Allah.
tidak pernah aku rasa kalah begini.
kekalahan.
andai 'kami' hanya berlandaskan nafsu,
hentikan kami ya Allah.
jangan beri peluang itu lagi.

aku tidak akan meminta untuk megulang masa, dan tidak akan berharap tidak pernah mengenalinya.
tapi aku akan minta agar jika memang aku di hatinya, dia akan berkata sesuatu yang membuat aku yakin padanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails