Monday, October 14, 2013

Salam Qurban

Salam Aidiladha.
Salam Qurban.
Tahun ini satu korban yang pada aku sangat menghiris setiap pembuluh saraf.
Melepaskan seseorang yang pada aku manusia yang satu masa dahulu mengangkat aku sebagai perempuan kesayangan yang mana setiap saat hidupnya pasti akan ada aku.

Ya.
Aku pasti itu.
kini setiap gilir lapis kenangan silih berganti.
Dia pergi,benar benar pergi.

Sungguh terkesan.
Bukan kerana bukan aku isterinya.
Tetapi kerana dia mempersiteri perempuan yang pernah dahulu dia menafi sekerasnya kedudukannya.

Aku dengan perlahan melepaskan.
Segala rasa.
Tidak mungkin rasa yang terbina dalam lima tahun mampu terhapus dalam hanya lima minit tatkala aku memerima berita pernikahannya.

Dan...
Berita itu bukan dari mulut yang pernah mengucap sayang.
Bukan dari bibir yang mengucup dengan segenap cinta.

Terkesalan itu.
Terkesan hingga kini.

Andai ini bahagian korbanku untuk tahun ini,
Aku redha..

Semoga pengorbanan cinta dan kasih sayang ini terbalas dengan seorang lelaki yang memang tercipta dan tertulis untukku..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails