Sunday, December 1, 2013

.: aku masih, teringat kamu :.

seusai waktu aku jalani untuk melupakan.
hanya mungkin selangkah.
terpacul seorang manusia seirasmu.
bergetar lutut yang berdiri.
menggigil.
haba terasa bertukar menjadi salju.
aku curi lihat wajahnya.
aku bandingkan dengan lelaki dari hati.

Ya ALLAH..
serupa!
sama!


apa dosa ku sehingga memang tiada ruang bagiku untuk melupakanmu.
angin berbisik,
"tiada jodohmu dengannya dalam luh mahfuz wahai manusia.Terimalah dia sekarang bakal bapa dan suami kepada wanita yang sedang membesarkan benihnya dalam rahimnya"

berat butir bibir untuk menyebut namamu.
aku fikir,
biarlah kau hanya hidup dihatiku.
biar semua tidak tahu.
biar semua anggap aku telah melupakan kamu.

...

'eh. kenapa banyak sangat ni. nasi goreng lagi, yong tau foo lagi'
"saje.suka tengok honey makan."
'kenyang la sayang.banyak sangat ni.membazir je'
"takpe.kita makan slow slow okay."
'nak makan macam mana. tak boleh masuk dah'
"sayang suap okay. honey makan je"

dua tiga hari lepas,
memori itu terimbas.
berkali kali.
yah, mungkin kau sedang menyuap isterimu makan dari tangan mu sepertimana aku merasa dahulu.

ahhh.
beku jari untuk menaip lagi.
mungkin esok,lusa, akan datang bertubi lagi kenangan antara kita.
hanya di sini bisa aku cerita.

...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails