Thursday, December 5, 2013

.: sebenarnya kita apa?:.

...
"awak.. sebenarnya kita ni apa. tu sebenarnya benda penting yang saya nak cakap tadi.tapi sorry. saya dulukan masalah kawan baik awak."
'saya tak tau'

maka aku menangis sederasnya.
dengan harapan dia akan mengesat air mata aku yang laju.
dia berkeras hendak turun kereta.
aku merentap tangan nya.
tak pernah sebelum ini aku berkasar.
aku genggam dengan kedua tangan aku.
dia menarik tangannya.
aku menggenggam dengan lebih kemas.
sakit tangan aku sendiri.
aku lihat dia berpaling.
terlihat riak di wajahnya yang tidak senang melihat aku menangis begitu.
aku tidak pernah menangis di hadapan seorang lelaki asing, walaupun yang paling aku cinta.
aku menangis demi menguji rasanya pada tangisanku.

"awak.satu je saya mintak.awak jawab ni.saya janji tak tanya lagi."
'saya tak tau.saya sendiri pun macam ni'
"saya bukan nak ajak awak kahwin sekarang.saya cuma nak tau. kita apa.apa makna yang kita buat selama ni. "
'banyak hati yang saya nak kena jaga.hati saya sendiri tak terjaga.'
"apa maksud awak ni.saya nak tau tu je."
'saya ada family yang nak kena jaga hati diorang'
"saya faham, tapi saya nak awak jawab je.kita ni apa"
'saya tak boleh bagi jawapan tu sekarang.awak tak ingat ke dulu macam mana.saya taknak awak jadi macam yang dulu tu.saya bukan taknak bagi jawapan.tapi tak nak bagi awak harapan.saya taknak awak berharap'

aku masih menagis.
panas.
pedih biji mata ku.
juraian air mata melekit di pipi.

'awak belajar lagi sekarang...'
"itu saya tau.saya bukan nak berenti belajar ajak awak kahwin malam ni ke esok ke.awak tolong la faham"
'tanggungjawab awak sekarang ni belajar. saya nak awak belajar betul betul.tumpukan perhatian.fokus.'
"siapa kata saya tak fokus.belajar tu hal lain. ini soal lain."
'awak tak faham'
"ya.memang saya tak faham.saya sendiri tak nak desak awk."
'saya ada tanggungjawab dengan mama,abah,..'

aku terus memotong sambil aku genggam erat tangan nya yang tidak lagi melawan

"apa lagi yang parents awak nak.saya tau itu tanggungjawab awak.tapi ni soal diri awak.awak kena fikir diri awak sendiri jugak"
'tu je saya boleh cakap.saya tak boleh bagi jawapan sekarang.saya nak masuk.esok keje pagi'

...

dia turun begitu saja.
aku melepaskan pegangan tangan.
selalu sebelum dia turun,
dia akan mencapai tangan ku, mencium tangan ku dan mengucup pipi dan dahiku.
dan akan berpesan
'kalau ada apa apa bagi tau k'

tapi malam itu tiada kucupan,tiada pandangan redupnya,
dia seolah merelakan aku pergi.
aku turun dan pergi ke ruang pemandu, aku pecut keluar dari kawasan perumahannya.
aku menangis semahunya sepanjang perjalanan pulang ke seremban.
seratus berapa aku tak ingat.
memecut.
sambil memecut aku dail nombor lelaki yang paling aku percaya - abang.

tiada jawapan.
aku meraung sendiri memanggil abangggg abanggggg.
bergetar tangan dan jari.

aku berhenti di rnr seremban.
sebelum tiba ke rumah.
mencuci muka,
menghela nafas.
mengelak syak dari mama yang menunggu aku pulang.
jam 3 pagi.

kerana dia,
aku merayap malam,
keluar malam,
tidur di tempat asing,
menipu,
hanya kerana dia.
mengejar sesuatu cinta.

mungkin bukan cinta.
mungkin cinta
tapi
cinta yang sudah mati.

sesampai aku di rumah, seelok aku merebah diri di atas katil, telefon aku berbunyi
nah.
panggilan dari abang,
hampir putus deringan itu,
aku berfikir untuk menjawab atau biarkan.

akhirnya aku menjawab.
bergetar suara.
cuba menyembunyikan keadaan diri.
mungkin kerana aku telah beransur tenang.

"hello.."
""ha hello. assalamualaikum. kenapa call tadi""
"tersalah call.. nak call orang lain.."
""banyak la kau punya salah call.ni sampai 18 kali missed call ni. aku baru balik keje ni""
"iye. tu auto redial"
""kau jangan nak menipu aku la pija.cakap la kenapa""
"takde apa."
""bukan semalam aku kenal kau.kalau kau call aku ni time time macam ni mesti ada apa apa.""
"hurmm. aku baru balik"
""kau pergi mana lewat lewat macam ni??!!""

dia menjerit kecil.

"aku pegi puchong tadi"
""dah la.kalau nak cakap pasal tu, aku malas nak dengar.aku pun penat nak baru balik keje.aku ingat apa la tadi kena tahan polis ke,apa ke""
"kan dah cakap takde apa,kau yang nak sangat tau.aku cakap kau taknak dengar. lagipun kalau kena tahan polis tadi kat jail dah aku tunggu kau angkat phone"
""aku kalau benda lain aku boleh dengar.tapi kalau hal dia,aku taknak tau.okay.kau pegi tido.""

keras suaranya.
setiap kali aku mengadu tentang cinta,dia pasti marah.
mungkin marah kerana aku memilih orang salah.
kerana dia terasa perit bila aku dilukai.

malam ini, dalam gigil yang menggigit, aku gagahkan juga.
kerana hal ini ligat berpusing di benakku.

...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails