Wednesday, January 9, 2013

.:siapa ombak? ... siapa kita?:.

0



pernah tak...

pernah tak, walau sekali seumur hidup,
kau duduk di tepi pantai dari tengah malam hingga ke subuh?
dalam dingin dinihari,
hingga kering tetes embun?

memeluk tubuh, mengetap gigi,
pabila baring,
nah...
skrin besar di atas sana...
bertaburan bintang...

tak perlu sekampung.
andai gusar, bawalah teman.
seorang cukup.

kau duduk,
bersila...
usah peduli berapa harga baju kau malam itu.
itu pasir pantai..
bukan paku tekan..

cuba kau pandang ke tengah laut.
walau ditelan pekat malam,
kau masih mampu mendengar deruan ombak.

pernah?
sumpah..
sangat seronok.
kerana,
tatkala ini,
aku berharap aku berada di tempat biasa aku bermenung.
menangis, berlari, berbaring, bercerita dengan teman baik ku.

jika terdengar laungan azan, tak salah jika kau berdiri saja di situ tunaikan kewajipan mu.
kerana, sebentar lagi kau akan lebih kagum.

saat itu,
pabila mentari mula menjenguk,
ya Allah...
kau pasti insaf.
terkesima dengan pemandangan itu.

ombak yang sedari malam tadi kau dengari,
masih lagi kencang bercerita pada pantai.
bezanya,
kini kau nampak pasang surut air nya.

kerana,
kini ada mentari.
nampak cahaya.

apa yang aku ingin katakan adalah,
bukan sekadar betapa indahnya rasa semalaman di pantai..

tapi,
siapa ombak.
siapa kita..

kita ialah ombak.
malam dan siang cabarannya..
lihatlah tak kira malam atau siang,
menderu bunyi nya.

begitu juga kita.
kala susah atau senang,
jangan pernah berhenti mencuba.
kerana,
pasti ada paling kurang seorang sedang memerhatikanmu...

bangun sayang ku..
jangan duduk memeluk lutut.
itu,
tiada guna..

Tuesday, January 8, 2013

~wahai kau yang bernama perempuan~

0

wahai kau yang bernama cinta...
tahukah akan kau,
telah banyak orang terluka kernamu..
tahukah akan kau,
telah banyak nyawa melayang kernamu..
tahukah kernamu,
telah banyak airmata tertitis kernamu..
tahukah kernamu,
telah banyak hati yang kau patahkan

duhai hati,
kenapa kau begitu rapuh?
sedang kau tahu cinta itu pedih.
sedang kau tahu, sedu yang kau dapat.
sedang kau tahu, dunia kan beda selepas kau kenal cinta..

duhai lelaki,
tahukah akan kau,
pabila tiba satu saat,
perempuan yang kau lepaskan akan rasa sangat sakit.
ia cuma bila perempuan itu melihat kau bersama perempuan yang baru.

terasa tidak adil,
bila kita sayang bersama, cinta bersama, berpisah bersama...
tapi,
sentap bila tiba waktu aku tahu kau telah punya yang lain.
begitu mudah kau melupa.

maaf.
 aku bukan mesin membaca hati.
juga kotak fikiran.

tapi aku cuma perempuan,
yang ada rasa sayang,
yang ada rasa hormat,
yang sentiasa ada rindu,
yang sentiasa ingin dimanja, dibelai, diberi perhatian itu..
dan yang paling aku puja,
rasa cinta menebal.

orang bilang perempuan itu ibarat kerak nasi, bukan?
andai direndam lambat laun akan lembut.

tapi pernah kau tahu,
hati perempuan yang telah terluka ibarat kayu penuh selumbar.
hanya kerana kau, yang bernama lelaki,
aku, sering merasa pedih.
sakit menyucuk.
pernah kau rasa itu?

kau kan lelaki.
mana bisa kau rasakan pedih itu.
kau kan lelaki.
begitu mudah kau membuang.
kau kan lelaki.
tiada pernah kau bertanya.

perpisahan..
andai kau tanya dari pintu ke pintu,
aku yakin.
tidak akan ada seorang pun yang mampu hatinya berpisah.
sebelum kau ucap kata pisah,
pernah kau fikir apa akan perempuan itu fikir?

tidak..
kau tentu tak tahu yang ini..
jadi biar aku berterus terang.
perempuan akan rasa dia yang salah.
dia yang buruk.
layanan yang tiada kepuasan.
hormat yang kurang.
betah berpanjangan.
ego ke langit.
degil ke laut.

ada pernah kau fikir bila yang namanya perempuan perlu berfikir,
duit hari ni nak buat makan ke, nak buat topup ke,nak buat beli buku ke,
nak beli beg ke, kasut ke, 
atau....
simpan saja duit ni.
nanti boleh bagi hadiah buat yang tersayang.
lelaki raja hati.

ada pernah?
sudah tentu jawapannya tiada.

ada pernah kau yang bernama lelaki, 
dalam doa seharian,
apa yang paling banyak kali diulang?
muka tiada malu meminta pada tuhan?
setiap waktu.
ada?

biar aku terangkan.
dalam doa yang namanya perempuan,
tidak pernah sekali perempuan itu lupa untuk ayat ini
"ya Allah ya tuhanku, kau peliharalah dia cinta hatiku.
 kau tutupkanlah pandangan matanya pada perempuan lain..
kau jauhkanlah pandangan perempuan lain padanya.
kerana hanya dia yang aku inginkan,
tanpa pernah aku melihat kekurangannya.
biarkanlah aku di hatinya,
dan dia di hatiku.
jangan lah kau muncul kan sesiapa antara kami."

ada pernah walau sekali, kau bermohon sebegini?
aku yakin, tiada.

wahai kau yang bernama hati, sabarlah akan engkau.
wahai kau yang bernama iman, teguhlah akan engkau.
wahai engka yang bernama cinta, berhentilah dari menyakiti.
wahai engkau yang bernama rindu, pergilah terbang dari sini.

wahai engkau yang bernama perempuan,
tiada perlu kau tangisi.
dia yang rugi.
dia yang hilang.
dia yang kosong.
bukan kau.
kerana dia kosong, maka dia mencari yang lain.
sedang dalam diri kau penuh dengan dia, 
tapi dia bazirkan.
ya, dia yang rugi..

senyumlah, wahai kau yang bernama perempuan..


Monday, January 7, 2013

.:2012 dan 2013 buat yang bernama sweetdevilable:.

0



Azam...
setiap menjelang tahun baru, pasti kita akan ada paling kurnag , SATU azam..
Tapi, adakah azam yang lepas-lepas dah terlaksana?
Atau azam itu sekadar fenomena 'azam aku tahun ini'?

Aku turut punya azam.
Penghujung tahun 2012 membawa satu luka yang begitu pahit untuk ditelan.
Walau sebagai kekasih gelap, tapi bayang nya masih ada.
Aku cuba untuk membuang jauh.
Sayang itu terbit sejak aku berumur 17...
Walaupun itu sekadar sayang kepada seorang lelaki yang bernama adik.
Tapi, dia masih seorang lelaki.
Tak tahu kenapa, terasa bengkak tamparan itu.

Aku turut punya seorang lelaki yang aku panggil ABANG, juga terbit sayang itu dari umur remaja. kini aku 23. Opppsss.. 24..

Begitu cepat masa berlalu.

Ada seorang lelaki, yang aku cinta, yang dia kenal aku dari majalah sekolah!
Ouh so sweet..
Dia, cinta pertama ku.

Lelaki pertama yang aku merelakan pegangan tangannya.
Bahu pertama yang aku dengan rela bersandar, bercerita.

Mata pertama yang aku lihat cinta bersinar dalamnya.
Bibir pertama yang aku lihat ikhlas sayangnya.
Dan dia, lelaki pertama dengan rela aku biar memeluk ku erat.Tatkala aku gembira, bila kala aku sedih.
Dia juga, jari pertama yang mengesat air mataku.  Kerana, air mata itu tumpah pabila mama, mengarahkan aku putus dengan nya.
Sumpah, hingga kini tak mampu untuk melupakan nya...
Malah baru malam sudah aku mendengar suaranya. Walaupun tak lama. Dan beberapa kerat SMS..

Habis cerita tentang cinta pertamaku..
Azam?

Azam tahun ni mungkin agak berat telinga mendengar.
Dan mungkin kelakar..

Tapi, ya, aku berazam untuk melaksanakan azam ini.

1. berhenti, terbabit dengan mana-mana lelaki, yang bakal membuat hati tercalar lagi.
2. berhenti, masuk dalam hidup mana-mana lelaki yang terang, atau sembunyi sudah punya pacar.
3. berhenti, beri apa-apa peluang untuk lelaki agar tidak lagi menceroboh jiwa.
4. berhenti, fikirkan tentang siapa, bila dan di mana jodoh. toksah kalut walau umur ingin mencecah 24, sayang..

ketahuilah bahawasanya kau sedang diuji.
seorang lagi lelaki, yang menyayang aku sebagai adik layaknya, yang terkadang aku hilang kepercayaan padanya,tapi dia selalu ada untuk aku. mendengar aku menangis, mendengar aku memaki, mendengar keluhan, membuat aku ketawa di hujung tangisan. 

aku tiada lelaki yang aku panggil ABAH..

tapi aku ada lelaki yang aku panggil ADIK, dan ABANG..

Tapi, lelaki itu takkan ada untuk aku selamanya.. Sampai satu saat, mereka akan ada perempuan lain yang lebih penting untuk mereka jaga. Untuk mereka beri perhatian.

Aku senyum, gelak, ketawa, hanya kerana aku ingin menutup rasa ingin seorang lelaki yang memang untuk aku, yang tak perlu dikongsi, tak perlu menunggu kata putus.
Kerana, aku perempuan yang tiada tahu bercinta, bermanja, menggedik,merayu, yang seperti perempuan lain tahu.
Kerana, aku terlatih untuk menjadi tabah.
Kerana, aku masih punya banyak hati untuk digembirakan.


Biarlah aku terus menyorok di belakang senyuman palsu, melihat tanpa merebut mereka yang aku sayang, yang aku cinta, untuk terus berada di sisi.
Aku cuma pandai berpura melepaskan, merasa seperti tiada apa yang membebankan..


Banyak sayang yang aku semai, tapi lebih banyak pepijat yang merosakkan sebelum aku lihat bunganya..

Related Posts with Thumbnails