Friday, January 18, 2013

~I.K.H.L.A.S~

0



ikhlas...
tatkala aku belajar tentang ikhlas,
aku tersalah pilih manusia.
bila mana aku belajar tentang ikhlas,
manusia itu yang tidak ikhlas menerima aku.

apa salah aku?
ya..
cantik itu bukan aku.
kurus itu bukan aku.

oleh sebab itu,
balasan untuk aku adalah jiwa yang dipermainkan.

aku ikhlas,
menerima dia.
sedangkan,
dia yang memula segala.
dia yang meminta,
dia yang merayu.

bila kala aku terima,
walau bukan sepenuh jiwa,
dibalikkan hati aku yang sarat kaca dengan menambah duka.

aku ikhlas,
terima dia.
walaupun dia tak sempurna mana!

kini,
aku terpaksa ikhlas menerima kenyataan.
dia hanya memperalat.

aku ikhas,
bila aku kata sayang.
aku ikhlas,
bila kau panggil aku datang.
aku ikhlas,
bila kau minta aku beri.

semua aku ikhlas.
tapi kenapa keikhlasan aku dibayar dengan kesedihan?


Related Posts with Thumbnails