Sunday, September 29, 2013

Di tempat ini, kini...

0

Di pantai ini,
Suatu ketika dulu..
Aku pernah hanyut bersama dia..
Melarut kan minda dalam udara..
Terapung bersama kasih sayang yang dia cipta.

Di pantai ini,
Suatu ketika dulu..
Menjadi saksi bila dia melindungi aku kala aku takut bila berada dalam gelap.

Di pantai ini,
Suatu ketika dulu..
Tangannya yang menggapai bila di atas jambatan.

Di pantai ini,
Suatu ketika dulu..
Pada dadanya aku bersandar sambil mendengar jantung berdegup kencang.

Kini,
Di pantai ini.
Di pantai yang sama.
Aku sendiri.
Membiar air mata terakhir untuknya.
Sejuk menggigil sendiri menepis bayu.
Berjalan seorang di dalam gelap.
Bersandar pada dinding angin.
Mendengar degup ombak.

Kerana di saat ini,
Aku kehilangan tangannya.
Aku kehilangan dakapannya.
Aku kehilangan degupannya.

Tiada lagi kucupan darinya.
Kerana....
Aku telah hilang cintanya....

Related Posts with Thumbnails