Monday, March 17, 2014

.: Terima kasih kerana pernah menjadi cinta hati saya :.



1. Terima kasih jugak sebab pernah jadi dan mungkin masih lagi menjadi seseorang yang penting dalam hati.

2. Kalau sesiapa pun di tempat saya, hati bukan sekadar terluka. tapi.... teruk. tak terkutip.

3. Berani awak cakap "jika selama ini saya melukakan hati awak".

4. Kalau cinta, awak sepatutnya kongsi masalah. Pernah nampak saya selfish? Jangan selalu salahkan keadaan. Awak boleh kawal keadaan tu. Itu pilihan. Tapi awak tak buat pilihan yang adil.

5. Andai benar awak jujur,  sampai hati awak buat sampai macam ni sekali. Macam saya ni mesin tak ada hati dan perasaan. Andai benar awak cintakan saya, tak perlu awak beri cinta awak pada orang lain. Walaupun awak kata terpaksa.

6. Saya bukan tak puas hati. Tapi saya benci hidup dalam tanda tanya. Saya bukan macam awak, yang bila lari dari masalah tukar nombor, block sana sini. Saya cuma, bukan orang macam tu. Masalah adalah untuk dihadapi. Untuk diselesaikan. Bukan untuk lari dan menyorok.

7. Saya tak perlukan doa awak. Pasangan? Awak sendiri tahu berapa lama saya nak terima awak, walaupun masa tu hati saya tak luka. Tapi lepas awak persampahkan saya, apa yang awak jangka? Saya tolak kiri, saya elak kanan, saya tepis depan, saya abai belakang.

8. Selamat tinggal? Itu yang awak nak. Saya tak buang awak. Awak yang buang saya. Ingat ni. Awak yang buang saya.

Dear Farhan,
Kenapa lama sangat ambil masa. Mana pergi kekuatan awak? Kenapa jadi pengecut?
6 bulan tu masa yang lama. Keadaan saya dah beransur stabil. Kenapa tiba-tiba muncul?
Huru-hara hidup saya, emosi saya tertekan, kalau awak nak tau malam sebelum awak nikah tu saya lemah lutut. Tak tau nak cakap apa.

Awak, kalau saya nak curang macam yang awk buat, bila-bila masa je saya boleh buat.
Tapi saya tak tergamak!
Sebab, kalau awak ingat saya pernah cakap, saya nak dan berharap awak orang terakhir.
Saya tak kuat, awak. Kalau awak nampak macam saya bahagia, macam saya dah ada seseorang untuk ganti tempat awak, ternyata awak tak mengenali saya dengan betul.

Akan ada sesekali saya menangis, meratap.
Sedang awak bahagia lena didakapan dia.
Saya tak salahkan takdir.
Saya tak salahkan jodoh.

Tapi saya pernah cakap, apa saja jadi selepas ni saya bukan saya yang dulu.
Saya akan buat macam awak buat.
Abaikan, berpura tentang wujudnya saya.

Saya mintak maaf, sebab ada satu perkara saya tipu awak.
Dan itu hanya untuk pastikan saya dapat awak.
Dan mungkin awak tau yang saya tipu, jadi awak tak bagi reaksi dan apa-apa tindakan.
Sungguh tidak pandai saya menipu, kan?
Tak seperti awak.
Menafikan benda yang ada.

Awak, setiap kali saya rindu, saya keluarkan kad harijadi yang pernah awak bagi.
Saya kucup, saya peluk kad tu.
Saya terlena dengan sisa air mata dan kad dalam pelukan.
Kenapa tergamak awak zalimi saya.

Saya manusia biasa yang perlukan cinta.
Awak sebagai orang yang kata cintakan saya, awak patut faham keadaan saya.
Saya sangat perlukan kasih sayang dan cinta dari seorang yang bernama lelaki.

Sungguh saya tak mampu.
Menyimpan sendiri.
Andai awak terserempak dengan blog ni, awak tentu faham yang memang semua yang saya luah memang atas nama awak.

Saya masih cinta, dan saya masih perlu.
Tapi saya tak pandai nak pentingkan diri dan merebut.

Maafkan saya atas kesilapan dan kelemahan saya.
Saya dah cuba yang terbaik untuk pertahankan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails