Sunday, June 15, 2014

.: H A P P Y F A T H E R ' S D A Y :.

0

Dear Abah....

selamat hari bapa, duhai tuan...

bertahun lamanya kita tidak berjumpa.

namun setiap hari doa tetap ku titipkan buatmu, abah.

bertahun lamanya juga bibir ini tidak menyebut 'abah' sehingga rasa pelik apabila disebut.


Abah,

walaupun abah tidak pernah melihat anakmu berjalan dan menerima sekeping sijil di hari graduasi,
namun anakmu ini tetap membawa naik namamu.

anakmu ini juga tetap melekat namamu disetiap lembaran borang.

anakmu ini juga tetap menulis namamu disetiap helai kertas peperiksaan.



Ayuhai abah,

rindu rasa hati untuk berjemaah seperti waktu kecil dahulu.

terngiang suara abah setiap kali usai solat, abah akan meriba kami dan bacakan ayat al-quran di telinga kami dan mengusap ubun-ubun kami.



Abah,

ampunkan along atas dosa yang terseret dan tercalit kerana masih di bawah tanggungjawab abah.

ampunkan along kerana masih belum mampu mencari di mana abah.



Abah,

ketahuilah olehmu bahawa anakmu ini sangat meindui dan memerlukanmu.

katahuilah olehmu bahawa anakmu ini sering cemburu dengan manusia lain yang masih mampu bercakap dan memandang ayah mereka.



Abah,

demi tuhan sesungguhnya hilangmu tidak ku ketahui hidup matimu.

demi tuhan, telah berkali ku mencuba menghubungi mu.

tapi kenapa, abah....

kenapa nombor itu tidak aktif.



Abah,

setiap sujud anakandamu tidak pernah terlupa mendoakan kesejahteraan abah.



Abah,

terima kasih kerana mengajar anakanda mu ini erti pengorbanan terhadap keluarga,

erti tanggungjawab utamakan keluarga,

erti menjadi tulang belakang ketua keluarga.

kerana latihan itu, anakanda mu ini bisa berdiri tegak di celah ribuan jerung dan duri sembilu.

kerana kental itu, anakanda mu telah kebal menjadi manusia berhati keras.

kerana sabar itu, anakanda mu telah berjaya menutup telinga dari hina dan makian orang.

kerana tegap itu, anakanda mu cukup susah menangis atas hal-hal kecil.

kerana itu juga, anakanda mu telah terbiasa untuk tidak bercakap buruk tentang orang.



Abah,

biarpun abah buruk di mata mereka,

abah tetap lelaki yang disanjung yang terletak dalam hati.

kerana, abah juga sebahagian dari tubuh ini.

kerana, wajah abah turut terlakar di raut ini.

~anakanda mu yang sentiasa sayang, cinta dan merinduimu.....~

Related Posts with Thumbnails